Tuesday, 14 May 2013

Long Distance Relationship

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu

Biasanya tajuk begini perempuan yang suka tulis kan, so apa kata kali ini penulis pula yang post entri begini supaya kita dapat memahami konsep hubungan jarak jauh ini dari mata seorang lelaki yang bujang dan juga mempunyai kawan-kawan yang sudah berkahwin tetapi berhubung jarak jauh kerana bekerja di tempat yang berlainan. Penulis berharap apa yang penulis nukilkan di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana tidak kisah yang masih bujang ataupun berkahwin insyaa Allah. 
 



Seperti yang kita tahu, kita berada di zaman IT, dimana kita boleh berhubung dengan telefon, skype, facebook dan macam-macam lagi software atau teknologi. So dengan kata lain, untuk berhubung sesama boyfriend, girlfriend, tunang, suami dan isteri tu tiada halangan.  Tetapi ingat kepada yang masih belum berkahwin tu, beragak la sikit, janganlah berbual pasal perkara yang mendekatkan kepada zina contohnya benda-benda lucah, gambar-gambar yang tiada seutas benang dan sebagainya. Bukan apa, Allah dah larang seperti Firman-Nya di dalam Al-Quran
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa' 17:32)

Nampak Allah siap melarang jangan mendekati, belum lagi berbuat zina, hehe, so paham-paham la ya. 

Ok berbalik kepada topik Long Distance Relationship ni, maaf la ya kalau penulis campur-campur bahasa di sini, bukan apa, penulis nak menulis dalam bahasa yang mudah difahami. Long distance yang dimaksudkan di sini mestilah jarak yang jauh sehingga dalam masa 1 hari tak sampai atau memerlukan belanja yang besar untuk melawat. Tetapi kalau setakat Shah Alam ke Subang, tak dikira long distance relationship walaupun pembaca tiada transpot dan lebih suka berjalan kaki. Adeii. 

Penulis nampak banyak tips yang telah disharekan di internet iaitu bagaimana mengekalkan hubungan jarak jauh, so kat sini penulis pun nak bagi tips-tips dari sudut penulis sendiri berdasarkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabat penulis. 

10 TIPS Hubungan Jarak Jauh Yang TOPS
  1. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan hidayah 
  2. Berterus terang dengan pasangan dalam segala aktiviti harian yang dilakukan 
  3. Berbincang bagaimana untuk berkomunikasi
  4. Sentiasa berbicara secara positif
  5. Percaya pada pasangan anda 
  6. Jauhkan sifat jealous yang melampau
  7. Jangan membuat janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan contohnya "saya akan datang esok dengan bawa helikopter" melainkan anda mampu berbuat demikian
  8. Jangan meminta putus ketika bergaduh, sama juga kepada yang sudah berkahwin
  9. Banyakkan bersabar apabila terdapat pertengkaran atau perselisihan faham dan menjaga kata-kata kerana pada waktu marah, kadangkala kita akan mengeluarkan perkataan yang tidak elok
  10. Belikan hadiah dan courier hadiah tersebut sekiranya mampu
  11. Jangan CURANG
  12. Kepada yang dah berkahwin itu carilah jalan bagaimana hendak tinggal sekali. Biar lambat asal dapat capai objektif untuk bersama, dan bawa bersabar dalam melakukannya. Ehem ehem maksud bersama itu bukanlah maksud yang lain macam tu ye, harap maklum.
  13. Sentiasa mencari jalan untuk mendekati Allah dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya    
Penulis harap tips yang tops ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Lagi satu yang ingin penulis sharekan disini adalah, cuba kita ambil pelajaran dari orang-orang terdahulu. Menulis surat je kalau pasangan berjauhan tapi hasilnya sampai ke anak cucu. Kuat betul iman orang-orang terdahulu kan? So sampai di sini sahaja penulis dapat sharekan dan selamat mencuba!!! Alhamdulillah



     

No comments:

Post a Comment