بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Kes samun semakin banyak berlaku pada masa sekarang di Malaysia yang tercinta ini. Tidak kisah samun bersenjata atau tidak (kebanyakkan bersenjatalah, sekiranya tak bersenjata macam kelakar pula), di mana-mana sahaja boleh berlaku. Ada yang sehingga menyebabkan kematian, dirogol, dicabul dan macam-macam lagi. Inilah realiti.
Berdasarkan pengalaman sendiri, penulis juga pernah disamun sebanyak 2 kali, ada sahabat penulis juga pernah disamun, dan ada juga kenalan di mana keluarganya dibunuh. Penulis post entri kali ini bukanlah hendak menyumpah kepada penyamun-penyamun professional ataupun amatur ini, tetapi penulis ingin bukakan minda pembaca sekalian.
Mari kita kaji semula, peringkat umur rakyat Malaysia dan juga bukan rakyat Malaysia yang memilih kerjaya sebagai seorang penyamun ini. Kes-kes yang baru kita dengar ini ada penyamun yang masih bersekolah hinggalah kepada peringkat abang-abang atau pakcik-pakcik. Ya, murid-murid sekolah dimana peringkat umur itu patut main guli, paling tidak pun main chopping (Sejenis permainan baling bola tenis ke tubuh badan atau lagi best ke muka, hehehe). Jadi mari kita melihat kepada punca kenapa murid-murid ini boleh jadi penyamun.
Cukuplah menyalahkan kerajaan, polis, cikgu sekolah dan sebagainya. Pada pendapat penulis, perkara-perkara ini boleh terjadi kerana pihak keluarga penyamun ini sendiri atau orang-orang di sekelilingnya. Kenapa penulis salahkan mereka? Apa kata pembaca tanya sendiri atau kaji sendiri penyamun-penyamun ini, penulis yakin mereka ada yang dari golongan yang susah dan terdesak, ahli keluarga yang berpecah, ibu bapa yang agak tidak normal dari segi pekerjaannya, didikan agama yang kurang, kurang perhatian dari ibu bapa, dan mungkin penyamun itu ada masalah mental.
Penulis berpendapat pelajaran di sekolah seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak cukup. Pendidikan yang paling penting adalah pendidikan di rumah. Anak-anak ini bukan nak duit sangat sebenarnya, bukan nak makan mewah, tapi hanya perlukan kasih sayang. Jadi kepada yang dah bergelar mak, ayah, ibu, bapa, mama, papa tu, beringat-ingatlah. Rezeki Allah yang beri bukannya kerja 24jam. Yang penting kita tahu bagaimana hendak bahagikan masa. Cari lagi ilmu-ilmu agama dan penulis jamin hidup anda lebih teratur. Kita perlukan AGAMA atau ikut bahasa mat sallehnya 'The Way Of Life' .
Takkan pandai buat anak jer tapi ilmu untuk jadikan diri sebagai khalifah dan imam kepada family tiada. Bermuhasabahlah diri ya. Penulis bukannya sempurna tetapi penulis harap entri ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Marilah kita masyarakat yang hidup berjiran ini mengambil iktibar dan pelajaran dari orang-orang terdahulu. Belajar tinggi-tinggi tapi tidak belajar dari kesilapan sendiri atau orang lain pun tak guna juga. Sampai bila kita hendak hidup dalam ketakutan???
Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang baik adalah kesilapan penulis sendiri, dan mohon kepada pembaca-pembaca yang ada komen, atau pendapat, atau terdapat perkara yang dapat dibincangkan, mohon hantarkan email ke razasayang@gmail.com . Penulis berharap ada yang menyokong tidak kira memuji atau mengkritik, penulis terima dengan terbuka. Dengan ini, Peace.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment