Thursday, 16 May 2013

BROTHERHOOD

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu

Hidup di atas muka bumi ini, kita tidak boleh berdiri dengan kaki sendiri. Biarlah dalam apa jua yang dilakukan, kita kena mempunyai sahabat-sahabat yang sanggup susah senang bersama umpama adik-beradik kandung. Inilah yang dikatakan brotherhood. Allah berfirman, "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. " (AQ 61:4)

Mengikut pengalaman penulis sendiri, bukan mudah untuk mencari sahabat yang sanggup berbuat demikian. Ramai yang bersama apabila senang, dan hanya segelintir yang bersama apabila diri dalam keadaan susah. Mungkin kerana ramai yang tidak faham apakah konsep brotherhood yang sebenar. Tetapi Alhamdulillah penulis berjaya menemui ramai sahabat yang sanggup bersama dalam perjuangan di atas muka bumi ini. 

Memang sudah terbukti, kita dapat capai sesebuah objektif apabila kita bersama. Objektif yang dikatakan disini bukanlah objektif keinginan atau cita-cita sendiri, tetapi kebersamaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap manusia mempunyai dugaan dan pengalaman yang berlainan, namun begitu "Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.(AQ 96:2) . Setiap manusia darahnya merah, tidak kira bangsa, kaum, kaya atau miskin, pemimpin atau pengikut, rambut yang bermacam warna, namun kita sama. 

Carilah sahabat yang mempunyai common goal, yang dikatakan common goal ini bukanlah ingin menjadi kaya, atau ingin jadi orang yang berkuasa, atau membuat perkara-perkara yang dilarang Allah, tetapi GOAL yang disebut ini ialah keinginan untuk hidup dalam kesejahteraan, keamanan, dan bahagia. Mengikut pengalaman penulis, ramai mempunyai sifat brotherhood yang kuat kerana hanya ingin mencapai kebahagiaan. Oleh itu, penulis ingin pembaca-pembaca juga tidak kira lelaki atau perempuan(jangan rasa tersisih kerana perkataan 'Brotherhood' ini sebab 'Sisterhood' pon boleh diaplikasikan.) mencari atau bersyukur dengan sahabat-sahabat yang bersama hingga kini. 

Kadangkala background setiap orang berlainan, namun mereka mempunyai semangat brotherhood yang kuat. Kenapa? Kerana mereka pasti pernah hidup susah bersama-sama dahulu. Bagaimana penulis boleh tahu? kerana penulis mempunyai sahabat-sahabat sedemikian Alhamdulillah. Ingat, kita hidup di atas muka bumi ini tidak boleh dengan kaki sendiri. 

Alhamdulillah   

p/s - Sekiranya ada pembaca yang ingin kongsikan pengalaman 'brotherhood' yang boleh penulis sharekan di blog ini, sila emelkan ke razasayang@gmail.com.  


1 comment: