Saturday, 23 February 2013

Jalan-Jalan Cari FITNAH!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakathu,

Hehe jangan terkejut dengan tajuk post penulis pada hari ini, saja cari nama komersial untuk dijadikan tajuk kepada entri kali ini. Apa yang dikatakan fitnah? Bagaimana nak tahu sesuatu perkara itu fitnah atau tidak? Bolehkan kita percaya sesebuah cerita itu walaupun tidak tahu asal usul cerita tersebut? Hehe mari kita renungkan.

Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang diberikan Allah yang Maha Pemurah kepada kita manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, kita dikurniakan akal di mana membezakan antara kita dah haiwan di muka bumi ini. Pada zaman teknologi canggih ni, dengan blog, website, macam-macam social web, dan segala info boleh didapati melalui internet, ramai yang dekat pada agama, ramai yang selalu sharekan dakwah di sana sini, namun Allah juga menduga kita dgn pelbagai jenis fitnah yang disebarkan, malah cepat betul sesuatu fitnah itu tersebar. 

Oleh sebab itu, kita yang diberikan akal ini hendaklah menggunakannya dengan mengkaji sesuatu berita atau cerita itu dahulu. Takkan susah kot, senang jer, kaji la source berita itu, takkan nak percaya bulat-bulat. Kenapa bila kita tau je sesuatu berita, terus kita nak melantun atau sebarkan pada orang lain walaupun tidak tahu cerita itu sahih atau tidak. 

Allah berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " (Al-Hujuraat 49:6) 

"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. " (An-Nuur 24:15)

Nampak tu, ayat Al-Quran, Firman Allah, pun dah mengajar kita bagaimana kita nak hadapi sesebuah cerita atau berita itu. "Periksalah dengan teliti" , tu pun susah nak ikut? mungkin susah bagi orang-orang yang malas. Jadi marilah kita bermuhasabah diri, perbaiki segala kesilapan kita pada masa lalu dan berubah menjadi insan yang lebih berguna. Hehe. Peace. Alhamdulillah  




   

No comments:

Post a Comment