Tuesday, 19 February 2013

Pentingnya Jaga Anak Di Luar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t .

Jaga anak di luar sama pentingnya seperti menjaga anak di rumah, apatah lagi dengan keadaan persekitaran sekarang, dengan ramai penculik yang kesempitan hidup lalu inginkan duit tebusan, malah lebih teruk lagi dengan psiko-psiko yang tidak dapat menahan nafsu lalu merogol, membunuh, dan benda-benda yang teruk lagi. Ya, jangan terkejut tetapi inilah apa yang terjadi pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di Malaysia ini. 

Para pembaca semua, penulis sedar masyarakat kita kini selalu menyalahkan orang lain atas jenayah-jenayah yang berlaku ini, tapi penulis ingin pembaca semua buka minda sebentar dan berfikir, adakah dengan menyalahkan orang lain, pemimpin setempat, polis, kerajaan, jiran, malah psiko-psiko tersebut dapat menyelesaikan masalah dimana penulis berpendapat masalah masyarakat ini? Marilah kita befikir menggunakan akal, belajar tinggi-tinggi tapi malas berfikir pun tak guna juga. 

Penulis di sini ingin sharekan dengan pembaca berkenaan sebuah post facebook.  
"Praise to Allah SWT...Around 12.30 tday i was at 99 speedmart wth son. As normally happened my son went to check his toy while i was picking wat i need to buy. To my suprise wen about to pay i called my son, he was not there again. The asst mgr of speedmart said somebody, man in black shiry took my son in his car grey persona to do police report. I almost died to hear dat. Panicking dun know wat to do i drove home at u16/89 to get help. Praise to Allah my son is in the house. .... Whoever that sent my son home shud at least inform anybody in my home. On top of that my son dressed decently and close to impossible if he was been abandoned and shud at least make announcement in the shop thr. As at now am still shivering of trauma thinking wat if l cannot see my son again. On my side big lesson learnt. To Mr man in black shirt i wud appreciate if u can pm me. Tq" 

Mari kita renungkan dan janganlah kita judge ibu atau bapa di atas ini, tetapi kita buka minda dan pikir bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa yang boleh terjadi walaupun dalam masa 5 minit pon terlepas pandang anak-anak kita. So di sini ingin saya sharekan tips-tips menjaga anak ketika kita keluar bersama anak-anak. 

1) Mendidik anak kita supaya sentiasa mendekati kita
2) Sentiasa berpegang tangan
3) Jangan sesekali terlepas pandang dalam seminit
4) Sekiranya boleh, ajak lagi seorang orang dewasa untuk menemani
5) Sentiasa ingat, anak no 1, barang murah atau sale no 2
6) Memahami keinginan dan kelakuan anak-anak supaya dapat mengetahui kebiasaan apa yang mereka lakukan.
7) Elakkan membawa anak ke tempat shopping yang sesak dengan orang

Tips-tips ini boleh dilakukan untuk anak berumur 12 tahun ke bawah, kalau anak remaja ni tak perlulah kerana takut mereka malu pula. Cara didikan pun kena berlainan pada remaja. 

Penulis bukan sempurna, malah penulis juga masih belum berkahwin, tetapi ada 10 anak buah yang penulis pernah jaga so dari pengalaman sendiri penulis sharekan tips-tips ini untuk ibubapa di luar sana. Marilah kita bersama-sama menuju ke kehidupan yang sejahtera insyaa Allah. Peace. Alhamdulillah.   
   
    

No comments:

Post a Comment