Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Mulut bicara, Hati diam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu

Mulut bicara, hati diam

Apa yang dimaksudkan dengan tajuk di atas? Pasti ada pembaca yang dapat menafsirkan atau memberi gambaran apa yang difikirkan. Mari kita renung sejenak......

Bagi pandangan penulis pula, kadangkala mulut kita akan mengeluarkan kata-kata yang kurang sesuai atau elok pada masa yang tidak sesuai dan sebagainya. Contohnya apabila kita didorong dengan perasaan marah disebabkan nafsu kita sendiri atau kita sudah biasa dalam perbuatan harian kita untuk berkata-kata yang menyakitkan atau menyinggung perasaan orang lain. Apakah puncanya? adakah dengan menggunakan alasan 'itu adalah diri aku' atau 'maaf, aku hanya manusia biasa' dengan tidak cuba ambil sikap untuk mengubah malah langsung tidak berusaha. 

Ya, penulis faham bukannya mudah, kerana penulis juga tidak lepas dari membuat kesilapan, oleh itu, penulis cuba mengkaji sikap diri sendiri ini yang tidak mendatangkan faedah. Sekiranya apa yang keluar dari mulut itu kata-kata yang baik, pasti memberi manfaat kepada diri dan juga orang lain. Namun, bagaimana di sebaliknya? mungkin memberi manfaat kepada orang lain atau mungkin akan merosakkan hubungan sesama kita. Fikirkan...

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, " (Al-Mukminun 23:1-3)

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Al-Baqarah 2:262-263)

Bacalah ayat Al-Quran ini dengan tenang dan lapang hati, dan cuba fahamkan dan renungkan. 

Sedangkan Allah berfirman bahawa perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi sesuatu yang menyakitkan perasaan. 

Ya bukan mudah, namun sekiranya mudah bukan jihadlah namanya. Insyaa Allah

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. " (Al-Baqarah 2:153)

Alhamdulillah
Peace.


Sunday, 29 September 2013

Hati Yang Hitam...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Semasa kita dilahirkan, kita umpama sehelai kain putih yang bersih dan suci, kemudian kita akan diwarnakan dengan keadaan sekeliling kita seperti didikan ibu bapa, kasih sayang mereka dan keluarga, sahabat-sahabat sehinggalah kita dewasa dimana setiap dari kita diwarnai dengan warna-warna yang gelap dan juga terang. Suasana di luar juga memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kita seperti di sekolah, apa yang kita tengok di tv, wayang, lagu yang didengar, buku-buku yang dibaca (bagi yang berminat untuk membacalah kan) serta di ‘online’.

Penulis juga dari kecil hingga ke alam dewasa ini bukanlah sempurna, ada ketika dalam keadaan terang dan pernah juga dalam kegelapan pada waktu yang agak lama. Penulis tidak ingin membuka aib sendiri tetapi ingin mengingatkan pada diri dan juga sahabat pembaca sekalian bahawa kita ini hanyalah hamba yang hina dan tidak sempurna. Manusia sering kali melakukan kesilapan, Cuma bezanya adakah kita sedar akan kesilapan kita itu? Ada yang mengakui dan ada juga yang penuh ego mengatakan diri sentiasa benar. Tanyalah kepada diri kita sendiri, apakah tindakan atau perbuatan kita sentiasa betul atau salah. 

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita, bukan selama-lamanya hidup, satu hari nanti kita akan mati, Allah akan bangkitkan kita untuk dihisab. Subhanallah, Allah yang Maha Pemurah, telah berikan kita bermacam-macam nikmat, supaya kita bersyukur, namun saying, kita alpa dengan godaan di atas dunia ini. Malah kita lupa bahawa Allah sentiasa beri kita ujian untuk meningkatkan keimanan kita. Setiap orang ada kisah silam, tidak bermaksud mereka perlu dihakimi oleh orang yang lain, namun kita sepatutnya bersama-sama mencari jalan yang diredhai Allah.

Marilah beristigfar ramai-ramai, kerana pada zaman ini, kita yang menggelar diri sebagai umat Muhammad, seharusnya mengambil sikap Rasulullah s.a.w itu kerana sebaik-baik sifat manusia adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab 33:21)

Hati yang hitam dan gelap masih boleh menjadi putih, masih boleh dibersihkan, selagi kita masih bernafas. Tiada istilah “aku dah banyak buat dosa, layakkah aku?”, kita diberi mata, telinga dan hati supaya bersyukur, jadi fungsikan segala deria yang ada untuk mencari jalan yang mana Allah redhai mudah-mudahan. Apa guna akal jika tidak berfikir? Apa guna harta jika tidak digunakan untuk kebaikkan? Apa guna ilmu jika tidak dikongsikan bersama? Mohonlah petunjuk dari Allah, insyaa Allah hidayah atau seru itu sampai. 

Penulis faham untuk berubah itu bukan mudah, atas pengalaman penulis sendiri, namun penulis yakin, dengan bersabar dan tidak putus asa, mencari sahabat-sahabat yang soleh, menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya, kita akan menemui apa tujuannya kita hidup di atas muka bumi ini. Dengan itu, moga-moga hati yang hitam itu menjadi putih kembali. Itulah hitam putih kehidupan.

Penulis sedih kerana kadang-kadang penulis juga terkeluar dari landasan, syukur kepada Allah, Dia berikan segala ujian kepada penulis agar penulis sentiasa tahu kedudukan penulis sendiri. Jadi sebagai nasihat kepada diri ini yang lemah, serta kepada sahabat pembaca sekalian, usahlah kita tanya kenapa kita diberikan ujian yang berat, tetapi banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kekuatan untuk melepasi ujian-ujian yang dihadapi. Usah risau, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cobaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah 2:214)

Peace

Alhamdulillah

Tuesday, 14 May 2013

Long Distance Relationship

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu

Biasanya tajuk begini perempuan yang suka tulis kan, so apa kata kali ini penulis pula yang post entri begini supaya kita dapat memahami konsep hubungan jarak jauh ini dari mata seorang lelaki yang bujang dan juga mempunyai kawan-kawan yang sudah berkahwin tetapi berhubung jarak jauh kerana bekerja di tempat yang berlainan. Penulis berharap apa yang penulis nukilkan di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana tidak kisah yang masih bujang ataupun berkahwin insyaa Allah. 
 



Seperti yang kita tahu, kita berada di zaman IT, dimana kita boleh berhubung dengan telefon, skype, facebook dan macam-macam lagi software atau teknologi. So dengan kata lain, untuk berhubung sesama boyfriend, girlfriend, tunang, suami dan isteri tu tiada halangan.  Tetapi ingat kepada yang masih belum berkahwin tu, beragak la sikit, janganlah berbual pasal perkara yang mendekatkan kepada zina contohnya benda-benda lucah, gambar-gambar yang tiada seutas benang dan sebagainya. Bukan apa, Allah dah larang seperti Firman-Nya di dalam Al-Quran
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa' 17:32)

Nampak Allah siap melarang jangan mendekati, belum lagi berbuat zina, hehe, so paham-paham la ya. 

Ok berbalik kepada topik Long Distance Relationship ni, maaf la ya kalau penulis campur-campur bahasa di sini, bukan apa, penulis nak menulis dalam bahasa yang mudah difahami. Long distance yang dimaksudkan di sini mestilah jarak yang jauh sehingga dalam masa 1 hari tak sampai atau memerlukan belanja yang besar untuk melawat. Tetapi kalau setakat Shah Alam ke Subang, tak dikira long distance relationship walaupun pembaca tiada transpot dan lebih suka berjalan kaki. Adeii. 

Penulis nampak banyak tips yang telah disharekan di internet iaitu bagaimana mengekalkan hubungan jarak jauh, so kat sini penulis pun nak bagi tips-tips dari sudut penulis sendiri berdasarkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabat penulis. 

10 TIPS Hubungan Jarak Jauh Yang TOPS
  1. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan hidayah 
  2. Berterus terang dengan pasangan dalam segala aktiviti harian yang dilakukan 
  3. Berbincang bagaimana untuk berkomunikasi
  4. Sentiasa berbicara secara positif
  5. Percaya pada pasangan anda 
  6. Jauhkan sifat jealous yang melampau
  7. Jangan membuat janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan contohnya "saya akan datang esok dengan bawa helikopter" melainkan anda mampu berbuat demikian
  8. Jangan meminta putus ketika bergaduh, sama juga kepada yang sudah berkahwin
  9. Banyakkan bersabar apabila terdapat pertengkaran atau perselisihan faham dan menjaga kata-kata kerana pada waktu marah, kadangkala kita akan mengeluarkan perkataan yang tidak elok
  10. Belikan hadiah dan courier hadiah tersebut sekiranya mampu
  11. Jangan CURANG
  12. Kepada yang dah berkahwin itu carilah jalan bagaimana hendak tinggal sekali. Biar lambat asal dapat capai objektif untuk bersama, dan bawa bersabar dalam melakukannya. Ehem ehem maksud bersama itu bukanlah maksud yang lain macam tu ye, harap maklum.
  13. Sentiasa mencari jalan untuk mendekati Allah dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya    
Penulis harap tips yang tops ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Lagi satu yang ingin penulis sharekan disini adalah, cuba kita ambil pelajaran dari orang-orang terdahulu. Menulis surat je kalau pasangan berjauhan tapi hasilnya sampai ke anak cucu. Kuat betul iman orang-orang terdahulu kan? So sampai di sini sahaja penulis dapat sharekan dan selamat mencuba!!! Alhamdulillah



     

Monday, 13 May 2013

Pilihanraya 13

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu

Lama dah penulis tidak post di blog ni. Busy sungguh kebelakangan ini, tapi alhamdulillah penulis masih mampu untuk meneruskan perjuangan dalam mengisi blog ini dengan entri-entri yang mungkin akan menambah ilmu diri penulis sendiri dan pembaca-pembaca di luar sana.

Alhamdulillah syukur baru-baru ini rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi. Penulis yakin pembaca semua ada yang first time, dan ada yang sudah lebih sekali mengundi. Keadaan di kawasan penulis mengundi juga tiada perkara-perkara buruk yang terjadi. Maklumlah, dengan pelbagai isu yang terjadi sebelum, pada dan selepas pilihanraya ke-13 ini. Dengan isu bangla ada IC malaysia la, blackout la, perhimpunan di stadium kelana jaya. Mungkin pembaca sedar, semakin lama semakin banyaklah fitnah atau isu yang penulis risau akan dijadikan fitnah di sekeliling kita. Ada juga yang sudah menyampah dengan keadaan sekarang. Ada juga yang fanatik dengan fahaman atau ideologi politik masing-masing. Kesimpulannya penulis ingin menyatakan di sini, kita memang betul-betul di akhir zaman. Jadi dengan ini penulis ingin sharekan satu ayat Al-Quran sebagai renungan pembaca sekalian. :) 

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian." (Al-Israa' 17:82)

Alhamdulillah   

Tuesday, 19 February 2013

Bersabar itu Mudah?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t ,

Apa yang dikatakan sabar? Menurut kamus sabar membawa maksud tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa. Atau bahasa pasarnya tak cepat marah atau give up. 

Dari sini penulis ingin kongsikan bagaimana cara yang praktikal untuk bersabar mengikut pandangan penulis sendiri. Contoh ketika traffic jam, penulis selalu merancang perjalanan dahulu macam memeriksa jarak dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi, tetapi kadang-kadang kita tidak expect yang traffic jam secara tiba-tiba atau luar jangkaan. So untuk mengelakkan penulis merasa tidak senang duduk penulis akan melihat sekeliling, tgk kerenah driver yang lain, so ternampaklah ada juga orang yang dalam keadaan tak sabar masuk sana dan sini lalu menyebabkan traffic lebih teruk. Betul tak? Secara tak langsung kita akan tersenyum. Itu bagi penulis la, anda pula bagaimana?

Allah berfirman " Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. " (AQ 16:126) 

Dari kalangan orang Islam juga sudah diturunkan ayat Al-Quran seperti diatas berkenaan sabar, jadi pentingnya sabar itu dalam kehidupan kita untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan. Takkan nak hidup dalam keadaan huru hara kan?? Renungkanlah dan pikirlah sejenak. Allah beri kita pendengaran, penglihatan dan hati untuk kita guna. :) 

Mungkin penulis akan bercerita dengan lanjut lagi berkenaan sabar ini, tetapi entri kali ini setakat ini sahaja. Semoga berjumpa lagi. Peace

Alhamdulillah.  

P/S - Penulis share video di bawah ini untuk menjadi motivasi pada diri kita k. ;) 


“Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.” (Syair Arab)