بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu
Terima kasih diucapkan dahulu kepada pembaca-pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca apa yang ingin penulis sampaikan. Inilah entri pertama selepas kita menyambut Tahun Baru Masihi, maaf dipinta atas penulis tida meng'update'kan blog ini walaupun sudah tumbuh sesawang yang agak banyak dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pembaca-pembaca yang ada alergik kepada habuk.
Tajuk kali ini penulis ingin bertanyakan, adakah akhlak itu penting? Kenapa penting? perlukah kita berakhlak baik? Adakah akhlak ini boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita?
Apa itu akhlak? Menurut bahasa yang dikaji oleh penulis, akhlak bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat, kebiasaan. Kita ada akhlak yang baik dan juga akhlak yang tidak baik. Sekiranya bertanyakan kepada pembaca yang mana perlu kita ada? pasti para pembaca menjawab akhlak yang baik. Mengapa?
Mari kita berfikir, bagaimana akhlak seseorang itu dapat mempengaruhi orang berdekatan yang lain, tidak kira di sekolah, tempat kerja, rumah atau juga tempat-tempat awam. Contohnya, akhlak sebagai guru, pastinya guru tersebut perlu menunjukkan contoh yang baik, kerana murid-murid atau pelajar-pelajar memandang tinggi ke atas guru-guru mereka yang mempunyai ilmu yang lebih dari diri mereka. Sama juga sebagai seorang ibu bapa yang dipandang anak sebagai guru nombor satu atau pemimpin, dan juga kakak atau abang di dalam sebuah keluarga.
Di dalam negara juga sama, apabila rakyat-rakyat, pengikut-pengikut seseorang pemimpin, pasti akan memandang tinggi ke atas ketua-ketua mereka, secara logiknya, pemimpin yang berakhlak baik pasti mempunyai pengikut-pengikut yang berakhlak baik dan juga sebaliknya. Namun apa yang ingin pembaca tekankan di sini adalah supaya pembaca-pembaca sekalian cuba membukakan mata dan lihat keadaan kita sekarang.
Adakah akhlak kita boleh dikategorikan baik? Kenapa tidak? Sedangkan kita ini adalah umat Muhammad s.a.w?
Sedangkan ada juga pihak yang suka pecah belahkan sesama muslim sendiri, dengan cara-cara mereka sendiri. Mengapakan berlakunya sedemikian?
Allah berfirman,
"Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah)
memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima)
dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada
orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raf 7:56)
Rahmat Allah amat dekat pada orang-orang yang berbuat baik, jadi bagaimana kita ingin berbuat baik? kepada siapakah yang kita perlu contohi? Mengikut pendapat pembaca semua, siapakah manusia yang sempurna?
Sudah pasti Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah terakhir yang diutuskan untuk kita sebagai pembawa berita gembira dan peringatan.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu
(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat
dan dia banyak menyebut Allah. " (Al-Ahzab 33:21)
Di sini, penulis berharap pembaca-pembaca dapat manfaat dari penulisan ringkas dalam tajuk akhlak ini. Ingin penulis ingatkan kepada pembaca-pembaca di luar sana, termasuk juga kepada yang ingin menjadi ustaz dan ustazah, pendakwah-pendakwah, rakyat Malaysia, manusia-manusia biasa, jagalah akhlak kamu dari segi perbuatan, percakapan dan juga penulisan. Janganlah berhujah atau berkata mengikut sangkaan atau nafsu amarah kerana kita adalah umat ISLAM, umat yang SEJAHTERA. Al-Quran dan Sunnah RasulNya, back to basic.
Peace
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Monday, 27 January 2014
Monday, 30 September 2013
Harta OH Harta
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Duit sentiasa tidak cukup bagi kita. Biarlah gaji sebanyak mana pon tetap tidak cukup apabila menyelesaikan segala komitmen yang ada. Mengapa kita ada perasaan begitu? Pernah tanya kepada diri sendiri tak? Kenapa kita merasakan duit sentiasa tidak cukup, sehingga menghalang kita untuk bersedekah? Penulis pernah dengar gaji RM3000 sebulan pun tidak cukup, bayangkanlah orang itu tinggal di rumah ibu bapa, dan masih bujang. Bukanlah ingin memburukkan tetapi penulis mengajak para pembaca mari ramai-ramai bertanyakan soalan ini kenapa?
Zaman konon moden ini, manusia lebih suka menuding jari kepada orang lain atas kesusahan diri sendiri. Contohnya boss yang kedekutlah, gaji tidak setimpal dengan kerjalah, kene banyak bayar cukailah, banyak habis duit kepada orang lainlah, harga barang naiklah, kereta sekarang mahal lah, dan sebagainya. Ya, memang betul, tapi adakah kita buat perkara yang betul? Adakah mengeluh itu tindakan yang betul? Negatif menarik negatif, law of attraction.
Penulis juga pernah berada dalam keadaan menyalahkan orang lain atas kesusahan diri, dan mengikut pengalaman penulis sendiri, tiada yang positif datang dari itu. Malah, apabila dapat harta, hati masih merasa tidak cukup. Harta bukanlah menjamin kebahagiaan dan ketenangan di hati. Serius!!! Lalu penulis mencari apa erti kebahagiaan yang HAQ. Dan penulis ingin mengajak bersama para pembaca yang AWESOME ini untuk sama-sama mencari erti kebahagiaan yang sebenar. Bukanlah kita nak meninggalkan pekerjaan atau tidak mementingkan harta, cuma kita tukar sedikit niat dan sebab kita untuk mencari harta itu. Kita mencari harta untuk dinafkahkan atau sedekah atau beri kepada orang yang lebih memerlukan seperti ibu bapa, isteri, anak, anak yatim, perjuangan, atau apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan. Dengan itu, sendirinya kita tidak akan merasa kesempitan di dalam dada insyaa Allah. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat pembaca. ;)
"Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:254)
Peace
Alhamdulillah

Sunday, 29 September 2013
Hati Yang Hitam...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Semasa kita dilahirkan, kita umpama sehelai kain putih yang bersih dan suci, kemudian kita akan diwarnakan dengan keadaan sekeliling kita seperti didikan ibu bapa, kasih sayang mereka dan keluarga, sahabat-sahabat sehinggalah kita dewasa dimana setiap dari kita diwarnai dengan warna-warna yang gelap dan juga terang. Suasana di luar juga memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kita seperti di sekolah, apa yang kita tengok di tv, wayang, lagu yang didengar, buku-buku yang dibaca (bagi yang berminat untuk membacalah kan) serta di ‘online’.
Penulis juga dari kecil hingga ke alam dewasa ini bukanlah sempurna, ada ketika dalam keadaan terang dan pernah juga dalam kegelapan pada waktu yang agak lama. Penulis tidak ingin membuka aib sendiri tetapi ingin mengingatkan pada diri dan juga sahabat pembaca sekalian bahawa kita ini hanyalah hamba yang hina dan tidak sempurna. Manusia sering kali melakukan kesilapan, Cuma bezanya adakah kita sedar akan kesilapan kita itu? Ada yang mengakui dan ada juga yang penuh ego mengatakan diri sentiasa benar. Tanyalah kepada diri kita sendiri, apakah tindakan atau perbuatan kita sentiasa betul atau salah.
Dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita, bukan selama-lamanya hidup, satu hari nanti kita akan mati, Allah akan bangkitkan kita untuk dihisab. Subhanallah, Allah yang Maha Pemurah, telah berikan kita bermacam-macam nikmat, supaya kita bersyukur, namun saying, kita alpa dengan godaan di atas dunia ini. Malah kita lupa bahawa Allah sentiasa beri kita ujian untuk meningkatkan keimanan kita. Setiap orang ada kisah silam, tidak bermaksud mereka perlu dihakimi oleh orang yang lain, namun kita sepatutnya bersama-sama mencari jalan yang diredhai Allah.
Marilah beristigfar ramai-ramai, kerana pada zaman ini, kita yang menggelar diri sebagai umat Muhammad, seharusnya mengambil sikap Rasulullah s.a.w itu kerana sebaik-baik sifat manusia adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab 33:21)
Hati yang hitam dan gelap masih boleh menjadi putih, masih boleh dibersihkan, selagi kita masih bernafas. Tiada istilah “aku dah banyak buat dosa, layakkah aku?”, kita diberi mata, telinga dan hati supaya bersyukur, jadi fungsikan segala deria yang ada untuk mencari jalan yang mana Allah redhai mudah-mudahan. Apa guna akal jika tidak berfikir? Apa guna harta jika tidak digunakan untuk kebaikkan? Apa guna ilmu jika tidak dikongsikan bersama? Mohonlah petunjuk dari Allah, insyaa Allah hidayah atau seru itu sampai.
Penulis faham untuk berubah itu bukan mudah, atas pengalaman penulis sendiri, namun penulis yakin, dengan bersabar dan tidak putus asa, mencari sahabat-sahabat yang soleh, menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya, kita akan menemui apa tujuannya kita hidup di atas muka bumi ini. Dengan itu, moga-moga hati yang hitam itu menjadi putih kembali. Itulah hitam putih kehidupan.
Penulis sedih kerana kadang-kadang penulis juga terkeluar dari landasan, syukur kepada Allah, Dia berikan segala ujian kepada penulis agar penulis sentiasa tahu kedudukan penulis sendiri. Jadi sebagai nasihat kepada diri ini yang lemah, serta kepada sahabat pembaca sekalian, usahlah kita tanya kenapa kita diberikan ujian yang berat, tetapi banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kekuatan untuk melepasi ujian-ujian yang dihadapi. Usah risau, “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cobaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah 2:214)
Peace
Alhamdulillah
Saturday, 28 September 2013
Mata Melihat Alam
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu
Dunia kini menjadi ujian kepada kita manusia di akhir zaman, pelbagai perkara yang terjadi di sekeliling dunia. Setiap negara ada isu-isu dan masalah-masalahnya tersendiri. Contohnya, kemiskinan, taraf hidup meningkat, perbezaan fahaman, politik yang huru-hara dan tidak stabil, isu agama, dan bermacam lagi.
Kita mempunyai hawa nafsu termasuklah penulis sendiri, setiap yang digelar manusia itu pasti akan membuat kesilapan. Bezanya cuma antara kita sedar atau tidak, setiap individu atau sesebuah kesatuan pasti mempunyai perjuangan masing-masing. Atas nama perjuangan walaupun berbeza pendapat yang kecil, kita akan cuba membesar-besarkan perkara itu lalu terjadilah perbalahan yang menyebabkan terhasilnya isu-isu baru. Sekiranya beginilah cara hidup kita, sampai bila-bila kita tidak akan AMAN.
Pemikiran taksub atau radikal amatlah merbahaya, terlampau taksub kepada pemimpin, taksub kepada kehidupan mewah dan berharta, taksub kepada ajaran-ajaran yang diajar oleh seorang guru kepada anak muridnya, dimana ajaran itu hanyalah mengikut ideologi atau sangkaan semata-mata. Penulis bukanlah ingin mengutuk atau merendahkan seseorang atau sebahagian manusia, tetapi penulis ingin para pembaca lapangkan dada, bukalah minda dan lihatlah menggunakan mata yang diberikan Allah ini, lihatlah apa yang terjadi sebenarnya, jangan mengambil sikap tidak peduli kerana kita akan dipersoalkan kelak. Muhasabah diri la wahai pembaca semua, pesanan ini untuk diri penulis yang juga hina ini.
Bukalah mata, IQRA' lah dunia, Bangkitlah dari tidur semua, Supaya generasi di masa hadapan akan hidup sejahtera. Insyaa Allah

Tuesday, 14 May 2013
Perjuangan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu
Setiap manusia di atas muka bumi ini ada benda atau perkara yang mereka ingin perjuangkan. Ada yang perjuangkan kebebasan, ada yang perjuangkan hak beragama, ada yang perjuangkan hak sama rata, dan ada juga yang perjuangkan atas mahunya nafsu sendiri. Penulis di sini bukanlah ingin mengkritik atau judge "pejuang-pejuang' ideologi di luar sana, tetapi penulis berharap dengan entri ini, dapat membuka mata segelintir manusia supaya dapat tahu apa yang patut diperjuangkan sebenar-benarnya.
Allah berfirman, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. " (AQ 51:56)
Pasti ramai yang pernah nampak ayat Al-Quran ini kan? Namun berapa ramai yang benar-benar faham? Adakah dengan ayat ini sahaja tujuan kita hidup di atas muka bumi ini hanya untuk bersembahyang 5 waktu? dan aktiviti-aktiviti kita yang lain hanyalah perjuangkan ideologi sendiri supaya dapat hidup seperti apa yang kita mahu?
Kita mahu keadilan, kita mahu kesenangan, kita mahu berada dalam kerajaan yang tidak korup, kita mahu ini, kita mahu itu. Pernah tak kita terfikir apa yang Allah mahu kita buat? Sayang, di akhir zaman ini ramai lupa, termasuklah penulis sendiri. Ada 6236 ayat di dalam Al-Quran dan kita hanya mengambil sebahagian sahaja, oleh sebab itu kita tidak nampak apa yang sebenar-benarnya yang patut kita perjuangkan.
Rasulullah s.a.w berjuang seumur hidupnya, pada usia baginda 40 tahun wahyu pertama diturunkan Allah, dan selama 23 tahun Islam telah tertegak di Madinah dan Mekah. Cuba kita renungkan, dengan perjalanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari awal hingga ke zaman Islam yang menguasai 2/3 bumi. Bagaimana kehidupan pada ketika itu? Bukankah sejahtera? Bukankah manusia berbilang bangsa dapat hidup bersama? Bukankah keadaan ekonomi baik sehingga setiap orang mempunyai peluang untuk mencari ilmu di pusat-pusat pendidikan? Bukankah hak wanita terjaga? Bukankah peratusan fakir miskin rendah? Bukankah pemimpin atau ulil amri bertindak secara adil berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah? Bagaimanakah peribadi masyarakat Islam pada masa itu? Bukankah pendakwah-pendakwah dari tanah Arab sampai ke Nusantara untuk mengajak orang-orang di sini untuk memeluk Islam? Kenapa mereka sanggup berbuat demikian? Kenapa mereka kuat imannya sehingga sanggup untuk meninggalkan kampung halamannya untuk berdakwah ke tempat yang agak jauh? Renung-renungkanlah.
Secara jujurnya, penulis beranggapan pada waktu sekarang, kita berada di peringkat kejatuhan. Zaman Jahiliyah dulu tanam anak perempuan hidup-hidup, zina berlaku di peringkat pembesar atau orang kaya, minum arak pada majlis-majlis yang besar, mengharapkan sesuatu dari berhala. Pada zaman sekarang, tidak kira anak lelaki atau perempuan dicampak dari tingkat yang tinggi, dijumpai dalam lubang tandas, tempat pembuangan sampah, longkang, zina pula berlaku di setiap peringkat dari orang kaya hingga ke orang miskin, malah lebih teruk orang-orang yang sudah berkahwin, arak pula mudah didapati, kebanyakkan manusia juga mengharapkan kepada benda yang selain Allah contohnya duit dan kuasa.
Jadi kesimpulannya di sini, penulis mengharapkan kita set semula apa yang perlu kita perjuangkan. Adakah perjuangan ideologi-ideologi yang datang dari sangkaan semata-mata atau kita perjuangkan apa mahuNya Allah? Marilah kita kembali kepada fitrah kita sebagai manusia iaitu hamba Allah. Jalankan perintahNya dan tinggalkan laranganNya. Mari kita berjuang dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Dugaannya besar untuk perjuangkan yang Haq ini namun Allah berfirman,
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (AQ 2:214)
Semoga pembaca semua dapat sesuatu yang manfaat dari entri ini. Penulis memohon maaf sekiranya ada yang terguris atau tidak bersetuju dengan pendapat penulis dalam entri ini, yang baik datangnya dari Allah yang tidak baik adalah kesilapan penulis sendiri yang akan penulis perbaiki insyaa Allah. Dengan ini penulis masukkan sekali video lagu bangun dari ACAB. Alhamdulillah
Cuba renungkan hari ke hari
Malapetaka di sana sini
Bencana datang dan juga pergi
Tapi pastikan kembali lagi
Kita masih di awang awangan
Berkhayal dengan kemewahan
hasil usaha peninggalan
Mereka yang telah kita lupakan
Entah apa yang akan terjadi
Bila bencana melanda nanti
Tiada siapa yang peduli
Dalam hidup kita hari ini
Jangan nanti di suatu hari
Menyalahkan sesama sendiri
Bila merdeka tiada erti
Sesalan tiada berguna lagi...
Jangan mudah engkau berkata
Dunia hanya sementara
Untuk kau mundur dan leka
buat selama-lamanya
Jangan nanti di suatu hari
Menyesali apa yang terjadi
Kerana engkau masih bermimipi
Di siang hari...
Bangun..dari tidur
Bangun...orang timur

Beautifull
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu
Penulis telah jumpa 5 gambar di internet. Insyaa Allah dapat beri manfaat kepada pembaca.

Long Distance Relationship
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatu
Biasanya tajuk begini perempuan yang suka tulis kan, so apa kata kali ini penulis pula yang post entri begini supaya kita dapat memahami konsep hubungan jarak jauh ini dari mata seorang lelaki yang bujang dan juga mempunyai kawan-kawan yang sudah berkahwin tetapi berhubung jarak jauh kerana bekerja di tempat yang berlainan. Penulis berharap apa yang penulis nukilkan di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar sana tidak kisah yang masih bujang ataupun berkahwin insyaa Allah.
Seperti yang kita tahu, kita berada di zaman IT, dimana kita boleh berhubung dengan telefon, skype, facebook dan macam-macam lagi software atau teknologi. So dengan kata lain, untuk berhubung sesama boyfriend, girlfriend, tunang, suami dan isteri tu tiada halangan. Tetapi ingat kepada yang masih belum berkahwin tu, beragak la sikit, janganlah berbual pasal perkara yang mendekatkan kepada zina contohnya benda-benda lucah, gambar-gambar yang tiada seutas benang dan sebagainya. Bukan apa, Allah dah larang seperti Firman-Nya di dalam Al-Quran
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa' 17:32)
Nampak Allah siap melarang jangan mendekati, belum lagi berbuat zina, hehe, so paham-paham la ya.
Ok berbalik kepada topik Long Distance Relationship ni, maaf la ya kalau penulis campur-campur bahasa di sini, bukan apa, penulis nak menulis dalam bahasa yang mudah difahami. Long distance yang dimaksudkan di sini mestilah jarak yang jauh sehingga dalam masa 1 hari tak sampai atau memerlukan belanja yang besar untuk melawat. Tetapi kalau setakat Shah Alam ke Subang, tak dikira long distance relationship walaupun pembaca tiada transpot dan lebih suka berjalan kaki. Adeii.
Penulis nampak banyak tips yang telah disharekan di internet iaitu bagaimana mengekalkan hubungan jarak jauh, so kat sini penulis pun nak bagi tips-tips dari sudut penulis sendiri berdasarkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabat penulis.
10 TIPS Hubungan Jarak Jauh Yang TOPS

![]() |

- Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan hidayah
- Berterus terang dengan pasangan dalam segala aktiviti harian yang dilakukan
- Berbincang bagaimana untuk berkomunikasi
- Sentiasa berbicara secara positif
- Percaya pada pasangan anda
- Jauhkan sifat jealous yang melampau
- Jangan membuat janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan contohnya "saya akan datang esok dengan bawa helikopter" melainkan anda mampu berbuat demikian
- Jangan meminta putus ketika bergaduh, sama juga kepada yang sudah berkahwin
- Banyakkan bersabar apabila terdapat pertengkaran atau perselisihan faham dan menjaga kata-kata kerana pada waktu marah, kadangkala kita akan mengeluarkan perkataan yang tidak elok
- Belikan hadiah dan courier hadiah tersebut sekiranya mampu
- Jangan CURANG
- Kepada yang dah berkahwin itu carilah jalan bagaimana hendak tinggal sekali. Biar lambat asal dapat capai objektif untuk bersama, dan bawa bersabar dalam melakukannya. Ehem ehem maksud bersama itu bukanlah maksud yang lain macam tu ye, harap maklum.
- Sentiasa mencari jalan untuk mendekati Allah dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya
Subscribe to:
Posts (Atom)