Showing posts with label positif. Show all posts
Showing posts with label positif. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Amanah - Penting

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu

Biasa sahaja kita mendengarkan perkataan 'AMANAH' ini dimana-mana sahaja seperti di sekolah, tempat kerja, di bank, dan sebagainya. Apa itu amanah? kenapa perlu kita mementingkan amanah ini? apakah perkara yang kita lakukan itu tidak dikira pecah amanah? 

Sempena hari raya AidilAdha, amanah juga memainkan peranan penting dalam mengerjakan ibadah. Dari segi pembahagian daging-daging kepada yang memerlukan. Namun begitu ada juga yang tidak sempurna pengurusannya, jadikan sebagai pelajaran kepada kita untuk membaik pulih akan pengurusan pembahagian dengan lebih baik. Penulis tekankan mengenai pengurusan ini adalah kerana ada juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil apa yang bukan hak mereka. Penulis mengetahui perkara ini dari sahabat penulis sendiri di masjid berdekatan rumahnya. Moga-moga perkara ini tidak terjadi di kawasan lain insyaa Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (AQ 8:27)

Allah memberi peringatan kepada kita pentingnya menjaga amanah itu, lebih-lebih lagi amanah yang telah diberikan kepada semua manusia. MENJALANKAN PERINTAH ALLAH DAN TINGGALKAN LARANGAN-NYA. 

Wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian, muhasabahlah diri, lapangkan dada dan lihatlah diri, nasihat ini termasuk kepada diri penulis sendiri, apakah sudah cukup segala amalam-amalan kita sebagai pembawa amanah ini? Tidak kira diri itu pemimpin atau orang bawahan dalam sesebuah negara, organisasi, kumpulan, keluarga, sekiranya kita telah diberi tanggungjawab itu, buatlah dengan ikhlas dan bertanggungjawablah ke atas apa yang telah diamanahkan itu. Contohnya bekerja, buatlah kerja dengan sedaya upaya. Moga mendapat manfaat.

p/s - penulis tidak sempurna

Alhamdulillah
Peace

Monday, 30 September 2013

Harta OH Harta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Duit sentiasa tidak cukup bagi kita. Biarlah gaji sebanyak mana pon tetap tidak cukup apabila menyelesaikan segala komitmen yang ada. Mengapa kita ada perasaan begitu? Pernah tanya kepada diri sendiri tak? Kenapa kita merasakan duit sentiasa tidak cukup, sehingga menghalang kita untuk bersedekah? Penulis pernah dengar gaji RM3000 sebulan pun tidak cukup, bayangkanlah orang itu tinggal di rumah ibu bapa, dan masih bujang. Bukanlah ingin memburukkan tetapi penulis mengajak para pembaca mari ramai-ramai bertanyakan soalan ini kenapa?

Zaman konon moden ini, manusia lebih suka menuding jari kepada orang lain atas kesusahan diri sendiri. Contohnya boss yang kedekutlah, gaji tidak setimpal dengan kerjalah, kene banyak bayar cukailah, banyak habis duit kepada orang lainlah, harga barang naiklah, kereta sekarang mahal lah, dan sebagainya. Ya, memang betul, tapi adakah kita buat perkara yang betul? Adakah mengeluh itu tindakan yang betul? Negatif menarik negatif, law of attraction. 

Penulis juga pernah berada dalam keadaan menyalahkan orang lain atas kesusahan diri, dan mengikut pengalaman penulis sendiri, tiada yang positif datang dari itu. Malah, apabila dapat harta, hati masih merasa tidak cukup. Harta bukanlah menjamin kebahagiaan dan ketenangan di hati. Serius!!! Lalu penulis mencari apa erti kebahagiaan yang HAQ. Dan penulis ingin mengajak bersama para pembaca yang AWESOME ini untuk sama-sama mencari erti kebahagiaan yang sebenar. Bukanlah kita nak meninggalkan pekerjaan atau tidak mementingkan harta, cuma kita tukar sedikit niat dan sebab kita untuk mencari harta itu. Kita mencari harta untuk dinafkahkan atau sedekah atau beri kepada orang yang lebih memerlukan seperti ibu bapa, isteri, anak, anak yatim, perjuangan, atau apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan. Dengan itu, sendirinya kita tidak akan merasa kesempitan di dalam dada insyaa Allah. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat pembaca. ;)

"Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:254)



Peace
Alhamdulillah