Monday 30 September 2013

Harta OH Harta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Duit sentiasa tidak cukup bagi kita. Biarlah gaji sebanyak mana pon tetap tidak cukup apabila menyelesaikan segala komitmen yang ada. Mengapa kita ada perasaan begitu? Pernah tanya kepada diri sendiri tak? Kenapa kita merasakan duit sentiasa tidak cukup, sehingga menghalang kita untuk bersedekah? Penulis pernah dengar gaji RM3000 sebulan pun tidak cukup, bayangkanlah orang itu tinggal di rumah ibu bapa, dan masih bujang. Bukanlah ingin memburukkan tetapi penulis mengajak para pembaca mari ramai-ramai bertanyakan soalan ini kenapa?

Zaman konon moden ini, manusia lebih suka menuding jari kepada orang lain atas kesusahan diri sendiri. Contohnya boss yang kedekutlah, gaji tidak setimpal dengan kerjalah, kene banyak bayar cukailah, banyak habis duit kepada orang lainlah, harga barang naiklah, kereta sekarang mahal lah, dan sebagainya. Ya, memang betul, tapi adakah kita buat perkara yang betul? Adakah mengeluh itu tindakan yang betul? Negatif menarik negatif, law of attraction

Penulis juga pernah berada dalam keadaan menyalahkan orang lain atas kesusahan diri, dan mengikut pengalaman penulis sendiri, tiada yang positif datang dari itu. Malah, apabila dapat harta, hati masih merasa tidak cukup. Harta bukanlah menjamin kebahagiaan dan ketenangan di hati. Serius!!! Lalu penulis mencari apa erti kebahagiaan yang HAQ. Dan penulis ingin mengajak bersama para pembaca yang AWESOME ini untuk sama-sama mencari erti kebahagiaan yang sebenar. Bukanlah kita nak meninggalkan pekerjaan atau tidak mementingkan harta, cuma kita tukar sedikit niat dan sebab kita untuk mencari harta itu. Kita mencari harta untuk dinafkahkan atau sedekah atau beri kepada orang yang lebih memerlukan seperti ibu bapa, isteri, anak, anak yatim, perjuangan, atau apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan. Dengan itu, sendirinya kita tidak akan merasa kesempitan di dalam dada insyaa Allah. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat pembaca. ;)

"Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah 2:254)



Peace
Alhamdulillah

Sunday 29 September 2013

Hati Yang Hitam...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Semasa kita dilahirkan, kita umpama sehelai kain putih yang bersih dan suci, kemudian kita akan diwarnakan dengan keadaan sekeliling kita seperti didikan ibu bapa, kasih sayang mereka dan keluarga, sahabat-sahabat sehinggalah kita dewasa dimana setiap dari kita diwarnai dengan warna-warna yang gelap dan juga terang. Suasana di luar juga memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kita seperti di sekolah, apa yang kita tengok di tv, wayang, lagu yang didengar, buku-buku yang dibaca (bagi yang berminat untuk membacalah kan) serta di ‘online’.

Penulis juga dari kecil hingga ke alam dewasa ini bukanlah sempurna, ada ketika dalam keadaan terang dan pernah juga dalam kegelapan pada waktu yang agak lama. Penulis tidak ingin membuka aib sendiri tetapi ingin mengingatkan pada diri dan juga sahabat pembaca sekalian bahawa kita ini hanyalah hamba yang hina dan tidak sempurna. Manusia sering kali melakukan kesilapan, Cuma bezanya adakah kita sedar akan kesilapan kita itu? Ada yang mengakui dan ada juga yang penuh ego mengatakan diri sentiasa benar. Tanyalah kepada diri kita sendiri, apakah tindakan atau perbuatan kita sentiasa betul atau salah. 

Dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita, bukan selama-lamanya hidup, satu hari nanti kita akan mati, Allah akan bangkitkan kita untuk dihisab. Subhanallah, Allah yang Maha Pemurah, telah berikan kita bermacam-macam nikmat, supaya kita bersyukur, namun saying, kita alpa dengan godaan di atas dunia ini. Malah kita lupa bahawa Allah sentiasa beri kita ujian untuk meningkatkan keimanan kita. Setiap orang ada kisah silam, tidak bermaksud mereka perlu dihakimi oleh orang yang lain, namun kita sepatutnya bersama-sama mencari jalan yang diredhai Allah.

Marilah beristigfar ramai-ramai, kerana pada zaman ini, kita yang menggelar diri sebagai umat Muhammad, seharusnya mengambil sikap Rasulullah s.a.w itu kerana sebaik-baik sifat manusia adalah sifat Nabi Muhammad s.a.w. Allah berfirman “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab 33:21)

Hati yang hitam dan gelap masih boleh menjadi putih, masih boleh dibersihkan, selagi kita masih bernafas. Tiada istilah “aku dah banyak buat dosa, layakkah aku?”, kita diberi mata, telinga dan hati supaya bersyukur, jadi fungsikan segala deria yang ada untuk mencari jalan yang mana Allah redhai mudah-mudahan. Apa guna akal jika tidak berfikir? Apa guna harta jika tidak digunakan untuk kebaikkan? Apa guna ilmu jika tidak dikongsikan bersama? Mohonlah petunjuk dari Allah, insyaa Allah hidayah atau seru itu sampai. 

Penulis faham untuk berubah itu bukan mudah, atas pengalaman penulis sendiri, namun penulis yakin, dengan bersabar dan tidak putus asa, mencari sahabat-sahabat yang soleh, menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan Sunnah RasulNya, kita akan menemui apa tujuannya kita hidup di atas muka bumi ini. Dengan itu, moga-moga hati yang hitam itu menjadi putih kembali. Itulah hitam putih kehidupan.

Penulis sedih kerana kadang-kadang penulis juga terkeluar dari landasan, syukur kepada Allah, Dia berikan segala ujian kepada penulis agar penulis sentiasa tahu kedudukan penulis sendiri. Jadi sebagai nasihat kepada diri ini yang lemah, serta kepada sahabat pembaca sekalian, usahlah kita tanya kenapa kita diberikan ujian yang berat, tetapi banyakkanlah berdoa kepada Allah supaya kita diberikan kekuatan untuk melepasi ujian-ujian yang dihadapi. Usah risau, Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cobaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah 2:214)

Peace

Alhamdulillah

Saturday 28 September 2013

Mata Melihat Alam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatu

Dunia kini menjadi ujian kepada kita manusia di akhir zaman, pelbagai perkara yang terjadi di sekeliling dunia. Setiap negara ada isu-isu dan masalah-masalahnya tersendiri. Contohnya, kemiskinan, taraf hidup meningkat, perbezaan fahaman, politik yang huru-hara dan tidak stabil, isu agama, dan bermacam lagi.

Kita mempunyai hawa nafsu termasuklah penulis sendiri, setiap yang digelar manusia itu pasti akan membuat kesilapan. Bezanya cuma antara kita sedar atau tidak, setiap individu atau sesebuah kesatuan pasti mempunyai perjuangan masing-masing. Atas nama perjuangan walaupun berbeza pendapat yang kecil, kita akan cuba membesar-besarkan perkara itu lalu terjadilah perbalahan yang menyebabkan terhasilnya isu-isu baru. Sekiranya beginilah cara hidup kita, sampai bila-bila kita tidak akan AMAN

Pemikiran taksub atau radikal amatlah merbahaya, terlampau taksub kepada pemimpin, taksub kepada kehidupan mewah dan berharta, taksub kepada ajaran-ajaran yang diajar oleh seorang guru kepada anak muridnya, dimana ajaran itu hanyalah mengikut ideologi atau sangkaan semata-mata. Penulis bukanlah ingin mengutuk atau merendahkan seseorang atau sebahagian manusia, tetapi penulis ingin para pembaca lapangkan dada, bukalah minda dan lihatlah menggunakan mata yang diberikan Allah ini, lihatlah apa yang terjadi sebenarnya, jangan mengambil sikap tidak peduli kerana kita akan dipersoalkan kelak. Muhasabah diri la wahai pembaca semua, pesanan ini untuk diri penulis yang juga hina ini. 

Bukalah mata, IQRA' lah dunia, Bangkitlah dari tidur semua, Supaya generasi di masa hadapan akan hidup sejahtera. Insyaa Allah



Peace
Alhamdulillah
 

BERHABUK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Apa khabar pembaca sekalian? Penulis ingin mohon maaf kerana sudah sekian lama penulis tidak meng'update' blog ini. Penulis telah alpa dalam kesibukkan di kehidupan dunia di luar sana sehingga lupa kepada tanggungjawab penulis di sini. Untuk menggantikan masa berbulan sebelum ini, penulis akan menyambung semula untuk entri-entri seterusnya. Moga kita semua dapat manfaat dari ini insyaa Allah. 

Peace
Alhamdulillah