Saturday 23 February 2013

Jalan-Jalan Cari FITNAH!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakathu,

Hehe jangan terkejut dengan tajuk post penulis pada hari ini, saja cari nama komersial untuk dijadikan tajuk kepada entri kali ini. Apa yang dikatakan fitnah? Bagaimana nak tahu sesuatu perkara itu fitnah atau tidak? Bolehkan kita percaya sesebuah cerita itu walaupun tidak tahu asal usul cerita tersebut? Hehe mari kita renungkan.

Alhamdulillah ke atas segala nikmat yang diberikan Allah yang Maha Pemurah kepada kita manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, kita dikurniakan akal di mana membezakan antara kita dah haiwan di muka bumi ini. Pada zaman teknologi canggih ni, dengan blog, website, macam-macam social web, dan segala info boleh didapati melalui internet, ramai yang dekat pada agama, ramai yang selalu sharekan dakwah di sana sini, namun Allah juga menduga kita dgn pelbagai jenis fitnah yang disebarkan, malah cepat betul sesuatu fitnah itu tersebar. 

Oleh sebab itu, kita yang diberikan akal ini hendaklah menggunakannya dengan mengkaji sesuatu berita atau cerita itu dahulu. Takkan susah kot, senang jer, kaji la source berita itu, takkan nak percaya bulat-bulat. Kenapa bila kita tau je sesuatu berita, terus kita nak melantun atau sebarkan pada orang lain walaupun tidak tahu cerita itu sahih atau tidak. 

Allah berfirman, "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " (Al-Hujuraat 49:6) 

"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. " (An-Nuur 24:15)

Nampak tu, ayat Al-Quran, Firman Allah, pun dah mengajar kita bagaimana kita nak hadapi sesebuah cerita atau berita itu. "Periksalah dengan teliti" , tu pun susah nak ikut? mungkin susah bagi orang-orang yang malas. Jadi marilah kita bermuhasabah diri, perbaiki segala kesilapan kita pada masa lalu dan berubah menjadi insan yang lebih berguna. Hehe. Peace. Alhamdulillah  




   

Tuesday 19 February 2013

Pentingnya Jaga Anak Di Luar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t .

Jaga anak di luar sama pentingnya seperti menjaga anak di rumah, apatah lagi dengan keadaan persekitaran sekarang, dengan ramai penculik yang kesempitan hidup lalu inginkan duit tebusan, malah lebih teruk lagi dengan psiko-psiko yang tidak dapat menahan nafsu lalu merogol, membunuh, dan benda-benda yang teruk lagi. Ya, jangan terkejut tetapi inilah apa yang terjadi pada zaman sekarang lebih-lebih lagi di Malaysia ini. 

Para pembaca semua, penulis sedar masyarakat kita kini selalu menyalahkan orang lain atas jenayah-jenayah yang berlaku ini, tapi penulis ingin pembaca semua buka minda sebentar dan berfikir, adakah dengan menyalahkan orang lain, pemimpin setempat, polis, kerajaan, jiran, malah psiko-psiko tersebut dapat menyelesaikan masalah dimana penulis berpendapat masalah masyarakat ini? Marilah kita befikir menggunakan akal, belajar tinggi-tinggi tapi malas berfikir pun tak guna juga. 

Penulis di sini ingin sharekan dengan pembaca berkenaan sebuah post facebook.  
"Praise to Allah SWT...Around 12.30 tday i was at 99 speedmart wth son. As normally happened my son went to check his toy while i was picking wat i need to buy. To my suprise wen about to pay i called my son, he was not there again. The asst mgr of speedmart said somebody, man in black shiry took my son in his car grey persona to do police report. I almost died to hear dat. Panicking dun know wat to do i drove home at u16/89 to get help. Praise to Allah my son is in the house. .... Whoever that sent my son home shud at least inform anybody in my home. On top of that my son dressed decently and close to impossible if he was been abandoned and shud at least make announcement in the shop thr. As at now am still shivering of trauma thinking wat if l cannot see my son again. On my side big lesson learnt. To Mr man in black shirt i wud appreciate if u can pm me. Tq" 

Mari kita renungkan dan janganlah kita judge ibu atau bapa di atas ini, tetapi kita buka minda dan pikir bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apa yang boleh terjadi walaupun dalam masa 5 minit pon terlepas pandang anak-anak kita. So di sini ingin saya sharekan tips-tips menjaga anak ketika kita keluar bersama anak-anak. 

1) Mendidik anak kita supaya sentiasa mendekati kita
2) Sentiasa berpegang tangan
3) Jangan sesekali terlepas pandang dalam seminit
4) Sekiranya boleh, ajak lagi seorang orang dewasa untuk menemani
5) Sentiasa ingat, anak no 1, barang murah atau sale no 2
6) Memahami keinginan dan kelakuan anak-anak supaya dapat mengetahui kebiasaan apa yang mereka lakukan.
7) Elakkan membawa anak ke tempat shopping yang sesak dengan orang

Tips-tips ini boleh dilakukan untuk anak berumur 12 tahun ke bawah, kalau anak remaja ni tak perlulah kerana takut mereka malu pula. Cara didikan pun kena berlainan pada remaja. 

Penulis bukan sempurna, malah penulis juga masih belum berkahwin, tetapi ada 10 anak buah yang penulis pernah jaga so dari pengalaman sendiri penulis sharekan tips-tips ini untuk ibubapa di luar sana. Marilah kita bersama-sama menuju ke kehidupan yang sejahtera insyaa Allah. Peace. Alhamdulillah.   
   
    

Bersabar itu Mudah?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t ,

Apa yang dikatakan sabar? Menurut kamus sabar membawa maksud tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa. Atau bahasa pasarnya tak cepat marah atau give up. 

Dari sini penulis ingin kongsikan bagaimana cara yang praktikal untuk bersabar mengikut pandangan penulis sendiri. Contoh ketika traffic jam, penulis selalu merancang perjalanan dahulu macam memeriksa jarak dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi, tetapi kadang-kadang kita tidak expect yang traffic jam secara tiba-tiba atau luar jangkaan. So untuk mengelakkan penulis merasa tidak senang duduk penulis akan melihat sekeliling, tgk kerenah driver yang lain, so ternampaklah ada juga orang yang dalam keadaan tak sabar masuk sana dan sini lalu menyebabkan traffic lebih teruk. Betul tak? Secara tak langsung kita akan tersenyum. Itu bagi penulis la, anda pula bagaimana?

Allah berfirman " Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. " (AQ 16:126) 

Dari kalangan orang Islam juga sudah diturunkan ayat Al-Quran seperti diatas berkenaan sabar, jadi pentingnya sabar itu dalam kehidupan kita untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan. Takkan nak hidup dalam keadaan huru hara kan?? Renungkanlah dan pikirlah sejenak. Allah beri kita pendengaran, penglihatan dan hati untuk kita guna. :) 

Mungkin penulis akan bercerita dengan lanjut lagi berkenaan sabar ini, tetapi entri kali ini setakat ini sahaja. Semoga berjumpa lagi. Peace

Alhamdulillah.  

P/S - Penulis share video di bawah ini untuk menjadi motivasi pada diri kita k. ;) 


Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.” (Syair Arab)
 
 


   

Sunday 17 February 2013

Siapakah Penulis Yang Bernama Raz ini?

      Assalamualaikum 

      Post yang pertama ini penulis ingin bercerita serba sedikit pasal diri, of course la kan selalunya kalau baru kenal mesti bertanyakan asal mana, umur berapa dan sebagainya. Jadi penulis telah sediakan biodata penulis seperti di bawah, selamat berkenalan!! 
  1. Nama : Panggil apa2 pon. 
  2. Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan, MALAYSIA 
  3. Agama : Islam 
  4. Jantina : Lelaki Tulen 
  5. Status Perkahwinan : Belum berkahwin pada ketika menulis biodata ini. 
  6. Pekerjaan : Sendiri 
  7. Pendidikan : Tadika, UPSR, PMR, SPM, Separuh Degree, Hidup di Dunia 
  8. Adik Beradik : 4 (bongsu so manja tak manja sgt la) 
  9. Cita-Cita : Masa kecik dulu cita-cita nak jadi bomba. 
  10. Hobi : Mencari Ilmu, PS3, Minum teh tarik bersama sahabat2, Online (Baca dan apa2 berkenaan dunia online) dan macam2 lagi. 
  11. Idola : Rasulullah dan Khalifah-khalifah Ar-Rasyidin 
  12. Sukan : Basketball, Golf, PS3(kalau boleh masuk la), Makan(pun kalau boleh) hehe. 
  13. Tujuan Blog : Saja ingin share apa yg ada di fikiran dan apa yg dialami diri sendiri dan juga orang lain. Moga pembaca-pembaca dapat sesuatu yang positif dari sini.

Ok la 13 perkara berkenaan diri penulis. Walaupun sedikit, tapi insyaa Allah di masa hadapan dengan bertambahnya post entri, semoga pembaca semua lebih mengenali penulis. Apa yang ditulis mencerminkan keperibadian penulis itu, kan? Kan? Kan? . Ok la, see you!! Peace. Alhamdulillah.